<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6461251414119513415?origin\x3dhttp://tokohtokohusahawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tokoh Usahawan


Senarai Tokoh!

Rangkaian
Keterbukaan menganbil risiko
Berpandangan terbuka
Belajar daripada kegagalan
Berwawasan
Prihatin dan pemerhati
Berorientasikan keuntungan
Berorientasikan pasukan
Proaktif
Biografi usahawan terpilih


Friday, 13 November 2015

Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami telah memilih untuk menulis biografi tentang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew sebagai salah seorang tokoh usahawan yang berjaya.
Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, sebuah kampung yang terletak dalam daerah Fukian yang merupakan wilayah yang paling miskin di China suatu masa dahulu.Loh Boon Siew pada suatu ketika dahulu hanyalah seorang rakyat China yang biasa yang lahir dalam taraf hidup keluarga yang sangat miskin.Taraf hidup keluarga Loh Boon Siew yang sedemikian telah menjadi faktor beliau tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah.Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun 1995.
Menyelami dunia pekerjaan, beliau telah melibatkan diri dengan pekerjaan sejak di usia kanak-kanak lagi. Sejak kecil beliau memulakan pekerjaan dengan mengutip najis-najis haiwan untuk dijadikan baja pertanian. Dalam masa yang sama beliau juga memancing ikan untuk dijual dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Pada usia 12 tahun, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew mengikut ayahnya ke Pulau Pinang untuk mencari sumber pekerjaan yang baru.Beliau telah disuruh oleh ayahnya untuk bekerja sebagai seorang mekanik.Sebelah malam pula beliau mengambil upah dengan membasuh bas dan diberi upah 10 sen untuk setiap bas. Matlamat beliau bersama ayahnya pada ketika itu hanyalah mencari pendapatan lebih untuk dihantar ke China untuk menampung keluarga di sana.
Minat Tan Sri dalam bidang keusahawanan bermula apabila pada usia 18 tahun beliau telah mengimpikan untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri. Memulakan perniagaan, beliau telah membeli peralatan mekanik dengan modal RM 10 dan 8 buah bas dengan harga RM 200.Peralatan mekanik tersebut adalah untuk kegunaan beliau sendiri manakala bas yang dibeli adalah untuk dijadikan sebagai bas penumpang.Hal ini demikian supaya dengan pendapatan daripada bas penumpang tersebut mampu menambahkan lagi sumber pendapatan beliau sekeluarga. Bas-bas tersebut akan dibaiki oleh beliau sendiri sekiranya mengalami sebarang kerosakan.
Dalam tempoh tujuh tahun, perniagaan Tan Sri Loh Boon Siew telah berkembang dan beliau telah memiliki sebanyak 40 buah bas.Beliau juga telah membuka kedai alat ganti kenderaan dan kedai bateri.Oleh sebab beliau jenis bukan yang mudah berpuas hati dengan kejayaan yang ada, beliau telah meluaskan perniagaan dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi agen pengedar kenderaan keluaran British.


Antara ciri usahawan yang dimiliki oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah berorientasikan peluang. Pada tahun 1958,apabila ada rezeki lebih beliau telah ke Osaka, Jepun untuk bercuti dan rehat minda. Namun hari cuti beliau tidak dihabiskan dengan sia-sia, beliau masih lagi melihat peluang perniagaan di sana. Beliau telah ternampak sebuah motosikal Jepun digunakan oleh masyarakat di sana dan ada peluang untuk memperkenalkan kenderaan tersebut di Malaysia. Tanpa melepaskan peluang yang sedang menunggu, beliau telah memesan 12  unit motosikal Honda untuk dibawa ke Malaysia. Pada mulanya beliau hanya menjual motosikal tersebut kepada kenalan rapat sahaja tanpa mengambil sebarang untung.Pada tahun 1963 motosikal Honda mula diperkenalkan secara besar-besaran di Malaysia.Dengan ciri orientasi peluang ini telah mampu menjadikan beliau seorang tokoh usahawan berjaya dan dikenali sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang.
Ciri kedua ialah sanggup mengambil risiko dalam dunia perniagaan.Sebelum motosikal Honda diperkenalkan secara besar-besaran, usaha beliau untuk memperkenalkan kenderaan berjenama Honda ini turut mendapat tentangan yang hebat oleh rakyat Malaysia. Rakan-rakan beliau berpendapat bahawa perniagaan kenderaan Honda ini akan menanggung risiko untuk dijual di Malaysia. Namun berkat semangat juang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew, beliau meneruskan juga kemahuan beliau untuk memperkenalkan kenderaan tersebut.Bagi beliau setiap perkara yang dilakukan mempunyai risiko yang tersendiri yang perlu dihadapi oleh setiap individu.
Tan Sri juga mempunyai ciri berpandangan terbuka dalam sesuatu bidang yang di ceburi.Sebagai contoh beliau sanggup mencuba pelbagai jenis keusahawanan demi memperoleh pendapatan. Bagi beliau setiap perkara mesti ada percubaan dan percubaan itulah yang akan membimbing kita ke arah kejayaan. Buktinya beliau sanggup mencuba banyak pekerjaan sejak dari kecil lagi.Percubaan tersebut jugalah yang telah membawa beliau kepada kejayaan hari ini. Tan Sri juga sentiasa berfikiran positif dalam setiap sudut perkara contohnya beliau berasa dengan langkah beliau menjadi pengedar tunggal kenderaan Honda akan memberikan keuntungan yang luar biasa kerana belum pernah ada mana-mana individu yang melakukan perkara tersebut di Malaysia.
Seterusnya, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew merupakan seorang ahli usahawan yang mempunyai sikap peka atau rajin membuat pemerhatian terhadap semua benda yang berlaku di sekeliling beliau. Ciri ini jelas kelihatan pada titik permulaan beliau ingin memulakan perniagaan kenderaan Honda ketika bercuti di Osaka,Jepun. Sikap prihatin beliau terhadap penggunaan motosikal Honda di sana telah menimbulkan idea untuk membawa budaya tersebut ke Malaysia. Hasilnya rakyat Malaysia telah mengenali dan menggunakan motosikal tersebut bermula pada awal diperkenalkan sehinggalah sekarang.Semua ini adalah disebabkan sikap beliau yang sentiasa peka dan pemerhatian yang beliau lakukan ketika bercuti.
Ciri terakhir adalah sikap proaktif Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah menyebabkan beliau menimba kejayaan yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak lagi.Sikap proaktif ini dapat dilihat ketika beliau melihat peluang untuk membawa kenderaan jenama Honda ke Malaysia.Ketika beliau melihat penggunaan kenderaan jenama tersebut beliau terus mengambil tindakan dengan memesan 12 unit kenderaan itu untuk diperkenalkan dalam kalangan rakan-rakan beliau sebagai permulaan keusahawanan beliau dalam bidang tersebut.Hasilnya sangat memberansangkan apabila rakan-rakan beliau menyukai tindakan beliau itu. Sikap proaktif ini telah berjaya membuat Tan Sri untuk memperoleh kejayaan yang boleh dijadikan iktibar oleh setiap usahawan lain.

Kesimpulannya, impian setiap individu untuk menjadi usahawan berjaya mampu tercapai sekiranya ada keberanian dan kesungguhan dalam memulakannya.Ciri-ciri yang ada pada Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew ini boleh dijadikan iktibar dan dijadikan pembimbing untuk usahawan baru untuk memastikan kejayaan milik mereka.Tuntasnya tidak ada kejayaan jika tidak dimulakan dengan percubaan dan keberanian sebagaimana telah dilakukan oleh tokoh usahawan negara kita iaitu Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew.


22:08