Sebagai seorang usahawan, mereka
tidak akan lari daripada menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan. Bagi
seorang usahawan yang mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, mereka
akan menganggap kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan adalah sebagai satu
cabaran untuk terus maju dan berjaya dalam perniagaan tersebut. Ini bermakna
mereka akan belajar daripada kegagalan yang dihadapi dengan membuat perubahan
untuk bangun daripada kegagalan tersebut. Kegagalan ini dianggap sebagai suatu
risiko yang terpaksa dihadapi oleh seseorang usahawan untuk berjaya.
Sebagai seorang yang bergelar
usahawan mereka akan melalui saat-saat yang memerlukan mereka untuk memperbaiki
kesilapan yang dibuat dengan memperbaharui idea-idea dalam memajukan
perniagaan. Mereka akan mengalami peristiwa ataupun keadaan yang merugikan
mereka dalam perniagaan andai kata mereka tersilap langkah. Melalui kegagalan
yang dihadapi oleh usahawan ini membolehkan mereka menjadi usahawan yang
berjaya dan mencipta nama sebagai jutawan Malaysia. Kegagalan juga membawa
maksud situasi-situasi cemas yang memerlukan tindakan bijak untuk meneutralkan
keadaan dalam perniagaan.
Tokoh usahawan yang berjaya tidak
lari daripada menghadapi kegagalan sebelum naik ke puncak kejayaan.Ini
termasuklah usahawan berjaya Dato, Mokhzani Mahathir selaku Pegawai Eksekutif
Kencana Petroleum Berhad.Beliau merupakan anak sulung mantan Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Dr. Mahatir Mohamad.Beliau pernah mengalami situasi yang
memerlukan beliau bertindak bijak untuk mengatasinya.Beliau pernah mengalami
naik turun dalam dunia koporat sebelum menyertai Kencana Petroleum pada tahun
2001. Beliau gagal dalam mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah
Holdings dan 32.9 peratus dalam Pantai Holdings semasa berlakunya krisis
kewangan pada tahun 1997.
Namun ianya tidak pernah melenyapkan
semangat beliau dalam arus dunia korporat tempatan.Dalam keadaan krisis
kewangan yang semakin meruncing itu, Mokhzani membuat keputusan meletakkan
jawatannya sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dengan alasan untuk
menumpukan perhatian terhadap pemulihan perniagaannya yang terjejas akibat
krisis kewangan tersebut.Namun beliau bangkit semula daripada kegagalan yang dialaminya
itu dan menjadi orang terpenting dalam rekod ekonomi Negara Malaysia ini.
Semangat Dato’ Mokhzani ini perlu di ikuti oleh
setiap usahawan yang pernah gagal ataupun yang baharu ingin memulakan
perniagaan.Para usahawan ini hendaklah sentiasa menjadikan kegagalan sebagai
pembakar semangat untuk terus berusaha mencipta kejayaan.
♥ 21:49