<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6461251414119513415?origin\x3dhttp://tokohtokohusahawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tokoh Usahawan


Senarai Tokoh!

Rangkaian
Keterbukaan menganbil risiko
Berpandangan terbuka
Belajar daripada kegagalan
Berwawasan
Prihatin dan pemerhati
Berorientasikan keuntungan
Berorientasikan pasukan
Proaktif
Biografi usahawan terpilih


Friday, 13 November 2015


Keusahawanan merupakan satu aktiviti yang mendatangkan manfaat dan ganjaran yang besar apabila ianya melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.Bagi usahawan yang meletakkan hasil yang efektif biasanya akan menghasilkan suatu produk yang lain daripada yang lain. Usahawan terbabit akan memastikan produk keluaran mereka mendatangkan keuntungan yang di jangka dan meletakkan sasaran perniagaan mereka supaya sentiasa berkembang maju.
            Namun begitu, hal ini bukan bermaksud setiap usahawan perlu meletakkan keuntungan yang berlipat kali ganda pada awal permulaan keusahawanan mereka. Mereka perlu bijak bermain dengan dunia keusahawanan terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang cara mencapai keuntungan maksima. Walaupun begitu tetap keuntungan perlu berada pada fokus utama dalam setiap jenis keusahawanan yang dilakukan.Tan Sri Tony Fernandes juga berpendapat para usahawan perlu bijak mencari idea untuk mengatur perjalanan keuntungan.Realitinya Tan Sri Tony Fernandes kini telah berjaya mengharumkan nama beliau sendiri apabila setelah beliau menjadi pengasas Air Asia yang merupakan syarikat penerbangan yang pertama yang memperkenalkan pakej tambang murah.
            Air Asia pada asalnya mula beroperasi pada tahun 1996 di bawah pengurusan syarikat kepunyaan kerajaan DRB-HICOM. Pada tahun 2001, syarikat tersebut telah dibebani hutang yang banyak dan diambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya Tune Air Sdn. Bhd. Sejak bertukar pengasas, syarikat itu telah Berjaya merekod dan meraih anugerah serta mampu bersaing secara sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain seperti MAS Berhad. Hanya dalam masa setahun Tan Sri Tony Fernandes mampu menguruskan masalah beban hutang syarikat dan memperbaiki prestasi Air Asia serta merekodkan keuntungan yang memuaskan. Setelah mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif, Air Asia telah berjaya mencatat kejayaan demi kejayaan.
            Tan Sri Tony Fernandes telah menetapkan kos yang rendah di utamakan untuk meraih pelanggan Air Asia supaya mereka dapat mengaut lebih banyak keuntungan. Beliau juga telah menggunakan satu strategi yang efektif dengan menurunkan kos permulaan perniagaan dengan hanya membeli kapal terbang terpakai. Hal ini demikian untuk menjimatkan kos tanggungan syarikat. Tan Sri Tony Fernandes juga telah mencari kaedah yang sesuai untuk menguruskan kos operasi, kos harian seperti gaji kakitangan dan bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya dengan tujuan kos-kos tersebut dapat diuruskan pada tahap yang rendah.
            Kos penjualan tiket pula amat dititikberatkan oleh pihak Air Asia atas arahan pengasasnya.Syarikat tersebut telah melaksanakan penjualan tiket secara atas talian tanpa memerlukan pengguna ke kaunter untuk membuat pembelian. Langkah ini boleh menarik minat minat pelanggan kerana dianggap lebih senang dan cepat dan ini terbukti telah meningkatkan kadar jualan dan prestasi perniagaan Air Asia. Lebih senang dikatakan syarikat ini menggunakan strategi siapa cepat dia untung dalam proses penjualan tiket mereka.

            Bermula sebagai sebuah syarikat penerbangan biasa yang hanya menerbangkan pelanggan sekitar penerbangan domestik, kini Air Asia di bawah bimbingan Tan Sri Tony Fernandes telah mampu mengambil peluang dalam penerbangan destinasi luar negara. Walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk membuahkan hasil namun segala usaha yang telah dibuat untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang ternyata berbaloi atas berkat kesabaran Tan Sri Tony Fernandes.Oleh yang demikian, para usahawan lain perlu mengambil pengalaman dan kebijaksanaan  serta langkah berani Tan Sri sebagai penagajaran dan bimbingan untuk terus berjaya dalam keusahawanan. Mereka juga perlu ingat bahawa masalah dan rintangan merupakan asam garam dunia perniagaan.


22:00