Berorientasikan pasukan adalah
apabila dalam sesuatu situasi seseorang individu tidak hanya boleh berfikir
tentang diri sendiri sahaja bahkan perlu memikirkan untuk pihak orang lain. Hal
ini membawa maksud individu terbabit harus memasukkan sekali kepentingan untuk
orang lain ketika membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Ciri
berorientasikan pasukan amat penting kerana ini akan menunjukkan setiap
keputusan yang dibuat adalah dilakukan secara sama rata tanpa ada berlaku
ketidakadilan bagi mana-mana pihak.Hakikatnya banyak kerja atau tugas-tugas
akan terlaksana dengan cepat dan cekap jika setiap ahli kumpulan melakukan
tugas dengan penuh berwibawa dan memberikan komitmen yang padu. Kumpulan yang
paling berjaya dan mempunyai kerjasama yang utuh dapat saling berkongsi
pendapat dan pengetahuan serta dapat memahami dengan berkesan untuk mencari
jalan penyelesaian yang kreatif untuk sesuatu masalah..
Bekerja dalam pasukan boleh dilihat
pada kerjasama yang dibentuk dan ditunjukkan oleh pereka fesyen terkenal tanah
air, Rizman Ruzaini. Rizman Ruzaini terbentuk melalui gabungan dua nama hebat
iaitu Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil dan Rizman Nordin yang merupakan rakan kongsi
dalam perusahaan fesyen.Rizman dan Ruzaini mula bekerjasama sejak mereka masih
berada di menara gading lagi.Mereka mula berkenalan ketika menuntut di
Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar, Perak. Perkenalan mereka diteruskan
lagi apabila masing-masing menyambung pengajian dalam pengajian Ijazah Sarjana
Muda Seni Reka Fesyen di UiTM,Shah Alam.
Impian utama Ruzaini bukanlah untuk
menjadi seorang pereka fesyen apabila selesai menamatkan pengajian manakala
sebaliknya Rizman yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang pereka
terkemuka.Walaubagaimanapun, setelah ramai berpendapat bahawa mereka boleh
mencipta nama sekiranya bergabung menjadi sepasukan dalam mencetuskan idea
fesyen yang kreatif, maka Rizman Ruzaini telah berjaya dibentuk.
Rizman dan Ruzaini ternyata telah
berjaya membuktikan bukan sahaja kepada negara bahkan kepada seluruh dunia
melalui kerjasama yang ditunjukkan melalui idea yang kreatif dan kritis yang
mereka tunjukkan. Rekaan Rizman Ruzaini juga pernah mengharumkan nama negara
apabila berjaya menembusi pasaran global. Bukan itu sahaja malahan rekaan
mereka turut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan artis-artis
terkemuka tanah air serta dalam golongan bangsawan negara.
Menyingkap kembali sejarah lalu,
Rizman Ruzaini mengatakan kerjaya mereka sebagai pereka fesyen betul-betul
menjengah dunia publisiti apabila mereka telah diminta oleh artis terkenal
negara, Ziana Zain untuk mereka pakaian untuk satu majlis besar.Ternyata rekaan
mereka telah berjaya menambat hati artis tersebut. Setelah itu nama Rizman
Ruzaini sering menjadi sebutan dalam kalangan artis dan golongan ternama. Kejayaan
demi kejayaan telah dinikmati oleh sepasangan ini apabila mereka telah
menghasilkan satu kombinasi kerjasama yang berkesan.Buktinya Rizman Ruzaini
pernah menerima Anugerah Pereka Popular selama tiga tahun berturut-turut.
Berkat
kesungguhan dan kejujuran yang dipraktikkan dalam konteks kerjasama sebagai
satu pasukan, nama Rizman Ruzaini telah gah meniti di bibir-bibir masyarakat
sekarang. Pembahagian tugas juga turut diterapkan secara adil dan saksama
antara Rizman dan Ruzaini seperti yang dilakukan oleh pasangan lain dalam
realiti kerjasama antara pasukan. Konklusinya kerjasama dalam sebuah pasukan
penting dan kerja –kerja akan dapat dilakukan secara dengan lancar apabila
wujudnya sifat tolak ansur antara satu sama lain.
♥ 22:05