<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6461251414119513415?origin\x3dhttp://tokohtokohusahawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tokoh Usahawan


Senarai Tokoh!

Rangkaian
Keterbukaan menganbil risiko
Berpandangan terbuka
Belajar daripada kegagalan
Berwawasan
Prihatin dan pemerhati
Berorientasikan keuntungan
Berorientasikan pasukan
Proaktif
Biografi usahawan terpilih


Friday, 13 November 2015


Bagi mereka yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usaha mereka.Impian untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susahuntuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan yang lain. Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap berpandangan terbuka. Usahawan haruslah mampu menerima pandangan orang lain tidak kira latar belakang individu tersebut.
            Contohnya, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh seorang Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) yang namanya sering menjadi sebutan orang ramai.Beliau merupakan seorang anak muda yang menceburi dalam bidang perniagaan.Nama beliau menjadi tidak asing lagi dan kerap meniti dari bibir ke bibir kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri.Siapa yang tidak pernah dengar Sani Express.Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, semua bas yang dimiliki merupakan bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Sani, apa yang dikecapinya hari ini diluar jangkaannya malah tidak pernah diimpikannya.

            Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu kehidupannya ke tahap yang lebih baik.Pelbagai pahit getir yang terpaksa dihadapi dan beliau harus bijak membuat keputusan.Beliau tidak malu untuk bertanya dan belajar daripada sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman. Beliau pernah belajar dengan pemandu bas, mekanik, bahkan dengan orang yang pernah gagal juga beliau belajar kerana kegagalan itu akan dijadikan iktibar. Beliau bersifat terbuka menerima segala pandangan yang diberikan.Pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya menjadi faktor kejayaannya.Hasil daripada kerja kerasnya, beliau dianugerahkan Darjat Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.


21:48