<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6461251414119513415?origin\x3dhttp://tokohtokohusahawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tokoh Usahawan


Senarai Tokoh!

Rangkaian
Keterbukaan menganbil risiko
Berpandangan terbuka
Belajar daripada kegagalan
Berwawasan
Prihatin dan pemerhati
Berorientasikan keuntungan
Berorientasikan pasukan
Proaktif
Biografi usahawan terpilih


Friday, 13 November 2015


Berwawasan merupakan salah satu daripada gaya kepimpinan yang bersama-sama membolehkan mana-mana organisasi, bahagian, jabatan, projek, kumpulan atau pasukan untuk sampai ke tahap memperolehi kejayaan.Kebanyakan orang yang mempunyai wawasan mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu pemikiran yang luas yang dihidupkan oleh idea-idea bernas, mereka mudah bosan dengan perkara-perkara yang sudah disediakan dan digunakan oleh manusia untuk membuat sesuatu perkara yang ingin dicapai. 0rang berwawasan selalunya berkarisma dengan melibatkan diri dalam penyampaian, dapat mendorong orang ramai untuk membawa sesuatu yang terbaik dalam setiap usaha, kesetiaan mereka dalam memberi inspirasi yang mendalam pada orang lain, dan selalu menjadi pasukan penyokong atau tulang belakang dalam membangunkan pembangunan di sekeliling mereka.Kumpulan individu yang berwawasan ini cenderung untuk berkongsi penglibatan yang terbaik dan yang ingin membantu melihat penglibatan tersebut direalisasikan.
      Pemimpin yang berwawasan mempunyai tahap yang luar biasa dalam keterbukaan kepada maklumat baru.Hasil daripada kesediaan individu yang berwawasan untuk mencuba dan terus mencuba perkara-perkara baharu sering berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membuat kejayaan dengan kreatif dan berbangga dengan hasilnya.Pemimpin berwawasan mempunyai minda yang kuat dari segi mental dan sering mempunyai keupayaan untuk melihat perkara-perkara dengan mata fikiran mereka sebelum orang lain.
      Tokoh usahawan yang mempunyai ciri berwawasan ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang merupakan pengasas kepada produk kosmetik iaitu D’Herbs Healthy Sdn. Bhd..Ciri beliau merupakan ahli usahawan yang berwawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan. Selaku ketua di syarikat beliau, Dato’ Aliff Syukri telah menetapkan untuk menggunakan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas selain menentukan syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. perlulah mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, dan produk keluaran syarikat mesti  berkualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga. 
      Sebagai seoerang usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan.Syarikat D’Herbs mempunyai misi yang tersendiri iaitu membantu golongan lelaki dan wanita yang mempunyai masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Wawasan Dato’ Aliff Syukri terhadap syarikat beliau juga ialah untuk membantu para pelanggan produk D’Herbs menjana pendapatan sambil menjadi pelanggan dalam masa yang sama dengan menjual produk keluaran D’Herbs.

      Ciri yang ada pada diri usahawan ini boleh dijadikan contoh oleh usahawan lain kerana tokoh ini bukan sahaja berwawasan malahan mempunyai niat murni untuk membantu golongan lain dan bukanlah memandang keuntungan syarikat semata-mata.


21:56