<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6461251414119513415?origin\x3dhttp://tokohtokohusahawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tokoh Usahawan


Senarai Tokoh!

Rangkaian
Keterbukaan menganbil risiko
Berpandangan terbuka
Belajar daripada kegagalan
Berwawasan
Prihatin dan pemerhati
Berorientasikan keuntungan
Berorientasikan pasukan
Proaktif
Biografi usahawan terpilih


Friday, 13 November 2015


Sejak dari dulu sampai sekarang setiap usahawan sentiasa dikaitkan tentang risiko sekiranya mereka ingin berniaga.Realitinya risiko sentiasa bermain-main disamping usahawan yang berjaya dan hal itu di dapati benar. Usahawan yang genius dan juga berjaya akan selalu meletakkan mereka di dalam kedudukan di mana risiko itu wujud. Mereka perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan risiko yang mendatang.Mereka tidak pernah mengaku kalah lebih awal apabila bertentang dengan risiko. Dengan cara ini, mereka akan bekerja keras, tabah, konsisten, berusaha, dan ia didorong dengan impian kerana mereka tahu risiko suka berkeliaran di samping mereka.
Setiap bisnes sama ada bisnes kecil atau besar mempunyai risiko.Setiap jenis bisnes adalah berbeza risikonya.Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan bisnes namun usahawan perlu memahami setiap risiko agar berusaha mencari jalan mengatasi risiko.Risiko bukan satu alasan untuk menjadikan kita menjauhi keusahawanan.Risiko adalah cabaran dan ujian dalam bisnes.Kehidupan ini adalah risiko. Contoh yang mudah adalah risiko berada di jalan raya adalah kemalangan.Adakah kerana kita takutkan risiko maka kita tidak akan berada di jalan raya?
Usahawan adalah pengambil risiko yang bersedia untuk menyelam jauh ke dalam masa depan yang tidak menentu. Tetapi tidak semua pengambil risiko adalah usahawan berjaya.Apa yang membezakan antara seorang usahawan yang berjaya daripada usahawan yang lain dari segi risiko? Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang sanggup merisikokan masa dan wang mereka walaupun tiada kepastian akan mendapat keutungan daripada itu, tetapi mereka juga menjaga sumber, rancangan dan jalur lebar untuk berurusan dengan "tidak diketahui" dalam simpanan. Apabila menilai risiko, usahawan yang berjaya akan bertanya diri sendiri, risiko ini bernilai kos kerjaya saya, masa dan wang?
Contoh usahawan yang terbuka untuk mengambil risiko ialah Neeta Gosalia lahir di dalam keluarga yang menginginkan anak lelaki.Anak ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana.Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit sendiri dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan ramuan herba ini, Neeta mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun.
Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian di Tingkatan Enam menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Hasil dorongan suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba tradisional di sana. Dia mula menggunakan herba yang diberikan oleh pakar tersebut.Selepas sebulan, rambutnya mula tumbuh dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk terus mengkaji herba tersebut.

Dengan bantuan kewangan daripada suaminya, Neeta mendaftar untuk kursus selama tiga tahun di Kolej Ayurveda di India.Setelah kembali ke Malaysia, dia dan Visvalingam membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur.Neeta ketika itu baru berumur 21 tahun.Dua tahun pertama pembukaan Neeta’s Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai yang menyedari keberkesanan produk ini.Kos untuk melalukan pemasaran ketika itu juga adalah tinggi.Wanita ini sungguh bernasib baik. Kehadirannya dalam Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiaran ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neeta’s herbal. Dari situ, Neeta dan suami menyedari betapa pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi memastikan produk mereka dikenali.Semenjak itu, Neeta’s Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi.


21:45