Ciri
terakhir yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan ialah proaktif. Proaktif
adalah apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku di
hadapan mereka, mereka akan mengambil tindakan drastik tanpa menunggu sebarang
arahan. Begitu juga bagi seseorang usahawan, mereka perlu sentiasa bertindak
proaktif jika ingin berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Tindakan proaktif yang
dimaksudkan ialah apabila ada sahaja sebarang peluang yang berkaitan dengan
perniagaan yang di ceburi mereka hendaklah merebut peluang tersebut sebelum
terlepas kepada ahli usahawan yang lain.
Bagi
ciri proaktif ini boleh dilihat pada diri seorang tokoh usahawan negara iaitu Tan
Sri Dato’ Loh Boon Siew yang merupakan seorang pengasas kenderaan berjenama
Honda.Menurut sejarah, Tan Sri
adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Namun begitu daya
ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada
ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Sikap beliau yang
sentiasa berpandangan jauh kehadapan, berkebolehan menjangka dan sentiasa
bersiap sedia inilah yang dikatakan telah membantu beliau mencipta nama
sehingga sekarang.
Beliau memulakan kehidupan dengan beberapa
pekerjaan sejak di zaman kanak-kanak lagi.Salah satu pekerjaan yang beliau
ceburi ialah menjadi seorang mekanik.Bermula daripada kehidupan sebagai seorang
mekanik beliau memberanikan diri menceburi bidang perniagaan dengan bermodalkan
hasil titik peluh dan usaha beliau sendiri.Pada mulanya beliau hanya
menjalankan bisnes bas penumpang secara kecil-kecilan.Lama-kelamaan bisnes
beliau bertambah maju dan berkembang meluas.Setiap keuntungan disimpan sedikit
sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula.Dalam masa 7 tahun beliau
mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti
kenderaan.Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya
dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis
motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan
angin.Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah
digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke
dalam negara.Setelah mengaji selidik pengeluarnya, beliau membuat perjanjian
untuk memesan 12 unit.Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa
mengambil apa-apa untung.Sambutan masyarakat di negara Malaysia terhadap
motosikal jenama Honda ini pada mulanya kurang memberangsangkan.Walaupun
begitu, reaksi seperti ini tidak pernah mematahkan semangat dan perjuangan
Dato’ Loh.
Hasilnya sekarang beliau telah
menjadi pengasas kenderaan berjenama Honda terbesar di Malaysia.
Perkongsiannya di sini sikap proaktif yang ada pada diri
Dato’ Loh ini telah membantu beliau mencipta nama di persada antarabangsa
lebih-lebih lagi sebagai tokoh usahawan terkemuka tanah air. Oleh yang
demikian, para usahawan muda yang masih baru berjinak-jinak dalam pasaran
bisnes perlulah mengikut jejak langkah beliau untuk memastikan kejayaan di masa
akan datang dalam genggaman mereka.
Konklusinya
ciri-ciri yang ada pada tokoh-tokoh yang dinyatakan boleh menjadi panduan oleh
usahawan lain dalam membentuk perjalanan kerjaya mereka sebagai seorang ahli
usahawan yang berjaya suatu masa kelak. Tokoh-tokoh di atas juga bukanlah
menikmati kejayaan mereka pada hari ini dengan senang tetapi juga dimulakan
dengan kesusahan kerana tidak ada benda yang datang dengan mudah tanpa usaha
dan keberanian.
♥ 22:07