Ciri prihatin ini dapat dijelaskan dengan
maksud memberi minat atau pemerhatian yang khusus terhadap sesuatu perkara atau
benda.Ini menjelaskan bahawa seorang usahawan itu perlulah mempunyai sifat
prihatin untuk berjaya. Pemerhatian yang khusus secara lebih terperinci amat
diperlukan dalam bidang keusahawanan agar usahawan dapat mengenalpasti tentang
sesuatu maklumat mengenai produk yang akan mereka hasilkan nanti. Pemerhatian
terhadap sesuatu perkara juga akan membantu para usahawan supaya perniagaan
mereka akan sentiasa berkembang maju dan berkekalan dalam tempoh masa yang
lama.Sikap prihatin atau suka memberi pemerhatian ini akan timbul apabila seseorang
individu mempunyai minat ingin tahu tentang sesuatu perkara secara lebih
mendalam sekaligus membuatkan mereka mengambil langkah untuk membina empayar
perniagaan sendiri melalui pengetahuan mereka tersebut.
Tokoh yang mempunyai ciri seperti ini ialah Dato’ Dr.
Azlina Che Abdullah yang merupakan pengasas D’Navechee dan De Classic Life (M)
Sdn. Bhd. Beliau merupakan ikon usahawan wanita yang telah berjaya mencipta
empayar sendiri di dalam dan luar negara.Kejayaan beliau pada hari ini bukanlah
senang dan tidak terus mencipta kejayaan pada awal permulaan kerjaya beliau.
Oleh kerana ciri yang ada pada beliau yang sering membuat penyelidikan dan
memberi pemerhatian terhadap focus utama beliau, maka beliau telah berjaya
menempuh pelbagai halangan dan hasilnya adalah beliau yang sekarang. Dato’ Dr.
Azlina mempunyai sifat istimewa dimana beliau sentiasa berfikiran tajam dan
jauh ke hadapan. Buktinya apabila beliau ingin memulakan sesuatu kerja ataupun
ingin mencipta sesuatu produk beliau akan membuat kajian yang terperinci.
Keupayaan
beliau dalam berfikir secara kreatif dan inovatif ini juga dapat membuktikan
bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang bersikap prihatin atau sentiasa
memberi pemerhatian yang jitu dalam sesuatu perkara.
♥ 21:59